Saturday 23 February 2013

Kelebihan Air Gau - Anugerah Allah yang terindah-

Assalamualaikum.. <3

Air Gau ni adalah air sumber galian yang telah ditemui oleh seorang tuan guru lebih kurang 20 tahun dulu. MARDI telah melakukan kajian akan baik-bahaya nya minuman ini supaya tiada masalah kepada orang ramai pada masa hadapan. Alhamdulillah, kajian menunjukkan air ini mengandungi ketumpatan dan kandungan bahan galian yang hampir sama dengan air ZamZam.. Subhanallah ! Anda jangan salah sangka ye, Air Gau ni adalah mata air atau air gali dan bukannya air sungai..^^

Kelebihan Air Gau.

Air Gau ini adalah air yang sangat bermanfaat. Kajian menunjukkan khasiatnya hampir sama dengan Air Zamzam. 


Antara kelebihan Air Gau dari segi jasmani adalah :

1. Ianya dapat membantu meningkatkan stamina dalam badan, mempertingkatkan aliran oksigen dalam badan sekaligus menjadikan badan segar dan tidak letih. ( Memang sangat sesuai untuk anak-anak sekolah sebab kebanyakan customer yang ambil untuk bekalan anak-anak sekolah selain dijadikan minuman harian)

2. Ianya dapat meneutralkan asid dalam badan dan juga sebagai sumber merawat penyakit.

3. Membersih dan melancarkan sistem penghadaman.

4. Membersihkan kandungan darah dalam tubuh serta dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

5. Ianya dapat memulihkan tenaga serta mencerdaskan minda kerana kandungan PH beralkali dan kadar kandungan garam yang tinggi iaitu - PH7.9 dan TDS 2.94mg/l (melepasi tahap Piawaian Antabangsa (TDS) yang hanya sebanyak 250 mg/l.)

6. Dapat membina dan menguatkan Hemoglobin dalam sel darah merah. 

7. Dapat menguatkan tulang dan gigi kerana antara bahan galian yang penting yang terdapat dalam air gau adalah kalsium  . Ia juga sangat penting dalam penghantaran impulse saraf dan pengecutan otot.

8. Kandungan kalsium juga tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa Magnesium. Pengambilan magnesium yang berpadanan dengan kalsium dapat membantu menurunkan berat badan serta menjadikan anda kelihatan lebih muda dan segar dengan mengamalkan air gau secara berterusan, InsyaAllah.. :)

Selain itu, air gau telah pun terlebih dahulu dibacakan dengan ayat-ayat suci Al Quran oleh beberapa tuan guru seperti Prof. Dato' Harun Din, Tuan Haji Abdullah Lubuk Tapah dan Tuan Guru Haji Mohd. Baqi Othman sendiri ( beliau yang menemui air khazanah ini). 

InsyaAllah, dari segi rohani, air gau ini dapat membantu :

1. Melegakan penyakit darah gemuruh

2. Menjadi penerang hari

3. Melegakan perasaan takut.

Selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w serta minumlah mengikut niat anda.. InsyaAllah, Allah telah jadikan air sebagai alat perakam terbaik.. Maka, dengan izin Allah, air gau ini dapat menjadi solusi dan penyembuh kepada penyakit anda. Hanya yakin, semuanya dengan izin Allah .. ^^

Jika anda berminat dengan air Gau ni, boleh hubungi En. Abdullah di talian 0199850078 (Pengedar area Kuala Terengganu)
Diingatkan, kami tidak membuat sebarang postage , jadi jemputlah ke kedai kami, MUSTAJAB IKHLAS SDN BHD , berhadapan SK Wakaf Mempelam. 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...